Cari:
Penduduk Seongju Kekal Protes Penempatan THAAD
2016-10-03 14:22:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Seongju-gun, provinsi Gyeongsang Utara pada bulan Julai lalu. Hal ini segera mendapat tentangan dan bantahan penduduk temaptan. Parti pembangkang pula mencela kerajaan memutuskan lokasi penempatan sistem THAAD tanpa mengadakan perbincangan.

Pada akhir bulan Ogos, disebabkan tekanan yang besar, kerajaan Korea Selatan barulah bersetuju memilih lokasi lain di Seongju-gun untuk menempatkan sistem THAAD. Melalui penilaian selama lebih sebulan, padang glof Seongju-gun ditetapkan sebagai lokasi terbaik untuk menempatkan sistem THAAD. Namun begitu, tindakan kerajaan ini tetap mengundang protes dan bantahan daripada penduduk tempatan di kawasan Seongju-gun. Mereka mengadakan perhimpunan hari ke-80 di dataran jabatan kerajaan Seongju-gun pada malam 30 September lalu untuk mendesak kerajaan memilih lokasi penempatan THAAD yang baharu.

Penduduk tempatan berpendapat, mengubah lokasi penempatan sistem THAAD tiada maknya yang sebenar , mereka akan terus mengadakan tunjuk perasaan utuk membantah penempatan sistem THAAD pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China