Ketua Eksekutif Lembaga Kewangan Hong Kong (HKMA), Chan Tak-Lam Norman menyatakan demikian ketika menerima wawancara khas oleh Agensi Berita Xinhua di Frankfurt, Jerman baru-baru ini.
Chan Tak-Lam berkata, negara-negara di sepanjang "B&R" mempunyai permintaan yang tinggi terhadap modal dan teknologi. Hong Kong boleh membina platform berkenaan dengan memanfaatkan kelebihan sendiri di samping bekerjasama dengan Tanah Besar dan pelbagai entiti ekonomi di dunia untuk bersama-sama meneroka pasaran pihak ketiga.
HKMA telah melancarkan Pejabat Pemudahan Infrastruktur dan Pembiayaan(IFFO) pada 4 Julai lalu. Chan Tak-Lam berkata, sebagai platform yang beroperasi secara terbuka, IFFO dapat mengumpulkan pihak-pihak yang berpengalaman dan berkeupayaan serta berminat untuk melaburkan dalam projek pembinaan infrastruktur di negara-negara sepanjang "B&R" bagi meneroka pasaran pihak ketiga.