Cari:
Rakyat China Giat Melancong Sempena Cuti Panjang Hari Kebangsaan
2016-10-03 15:56:47 CRI Cetak

Sempena cuti panjang hari kebangsaan, sejumlah besar rakyat China melancong ke destinasti di dalam dan luar negeri. Menurut ramalan Institut Pengajian Pelancongan, jumlah pelancong dalam negeri menambah 12 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun yang lalu, dengan mencatat 589 juta orang sempena cuti panjang kali ini. Selain destinasi pelancongan dalam negeri, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, Rusia dan Britain turut menarik ramai pelancong dari China.

Sorang pekerja dari sebuah agensi pelancongan di provinsi Anhui menyatakan, harga pakej pelancongan dalam negeri naik secara besar-besaran sempena cuti panjang. Tetapi harga pakej pelancongan ke luar negara agak stabil. Beliau berkata, "Harga tiket pesawat dan penginapan bagi pakej pelancongan dalam negeri naik secara besar-besaran. Oleh sebab itu, sejumlah besar pelancong memilih melawat ke luar negeri."

Menurut statistik Tuniu, portal pelancongan yang popular, Thailand, Korea Selatan dan Jepun tetap menjadi tiga destinasi yang paling menarik pelancong China dalam tempoh cuti panjang hari kebangsaan. Jumlah pelancong China yang pergi ke tiga negara tersebut menduduki 70 peratus dalam jumlah pelancong yang melawat ke luar negeri.

Selain tiga negara di Asia tersebut, Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Britain menjadi destinasi baharu yang menarik ramai pelancong China. Jumlah pelancong China yang melawat tiga negara tersebut dalam tempoh cuti panjang kali ini menambah 40 hingga 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pekerja dari satu lagi portal pelancongan, Ctrip, berkata, "Letupan yang melanda New York tidak lama dahulu kelihatan tidak menjejaskan pelancong China melawat negara itu. Rusia juga semakin popular dan disenaraikan dalam 10 negara yang paling menarik pelancong China."

Disebabkan unsur visa, penerbangan serta kadar tukaran wang, harga pakej pelancongan ke Perancis, Britain, AS, Rusia serta pulau-pulau menurun 20% hingga 30% berbanding dengan tempoh yang sama tahun llalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China