Cari:
THAAD Tidak Akan Selesaikan Masalah Nuklear Semenanjung Korea
2016-10-04 14:14:52 CRI Cetak

Padang glof di Seongju-gun telah ditetapkan Kementerian Pertahanan Korea Selatan sebagai lokasi penemaptan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) baru-baru ini. Namun keputusan tersebut telah mendapat bantahan keras pendudukan tempatan dan sebahagian ahli Parlimen parti pembangkang negara itu. Tunjuk perasaan untuk membantah penempatan THAAD turut tercetus di Gimcheon, bandar berhampiran dengan Seongju-gun.

Bandar Gimcheon berjarak 10 km dari utara padang glof Seongju-gun dan dihuni 130 ribu orang penduduk. Setelah kerajaan Korea Selatan mulai membuat penilaian terhadap padang glof Seongju-gun, penduduk bandar Gimcheon segera menubuhkan Jawatankuasa Anti THAAD dan mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan. Ketua jawatankuasa tersebut, Lee Yunsik berkata, pihaknya akan menggerakkan lebih banyak penduduk untuk menyertai aktiviti bantahan penempatan THAAD. Lee Yunsik berkata,

"Kami telah mengadakan perhimpunan nyalaan lilin selamat 42 hari untuk menyatakan bantahan dan kami juga akan berjalan kaki ke Cheon Wa Dae untuk menyerahkan surat bantahan."

Lee Yunsik menyatakan bahawa keputusan tentang lokasi penempatan THAAD dibuat kerajaan tanpa mempertimbangkan keselamatan penduduk di sekitarnya, tambahan pula penempatan sistem THAAD tidak mungkin menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea, sebaliknya akan membawa kesan negatif yang serious. Lee berkata,

"AS menempatkan sistem THAAD demi keselamatan Korea Selatan, namun kami berpendapat bahawa tindakan ini sebaliknya akan mewujudkan ancaman terhadap keselamatan rakyat. Tindakan itu juga akan mengakibatkan pergeseran diplomatik dengan China dan menimbulkan banyak masalah seperti menjejaskan eksport produk kepada China. Kami akan menerima penempatan THAAD jika tindakan ini benar-benar dapat menyelesaikan masalah nuklear di Semenanjung Korea. Namun kita semua jelas bahawa tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Selain itu, kami menentang penempatan THAAD demi hak untuk hidup. Walaupun sistem THAAD diperkatakan kerajaan selamat bagi kesihatan manusia, namun siapa tahu sama ada terdapat pengaruh negatif atau tidak tanpa data penyelidikan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China