Presiden Rusia, Vladimir Putin menggantung satu perjanjian Moscow-Washington berkaitan pelupusan plutonium gred senjata, satu tindakan yang dilakukan di tengah-tengah ketegangan memuncak antara kedua-dua negara.
Perintah Putin yang dikeluarkan Kremlin semalam memetik beberapa tindakan tidak mesra Amerika Syarikat (AS) yang mengundang ancaman strategik terhadap kestabilan Rusia dan ketidakupayaan AS dalam mematuhi perjanjian tahun 2000, sebagai alasan langkah itu diambil.
Bagaimanapun, perintah itu mengatakan, jika Washington dapat memanggil pulang anggota tentera dan menarik balik aset-aset ketenteraannya di sesetengah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Moscow mungkin terus menguatkuasakan perjanjian tersebut.
Mengikut perjanjian berkenaan, Rusia dan AS masing-masing perlu melupuskan sekurang-kuranganya 34 tan metrik plutonium gred senjata, bahan yang cukup untuk menghasilkan beribu-ribu kepala peluru nuklear.