Cari:
Siri Serangan Ganas Terus Gugat Syria
2016-10-04 13:55:11 CRI Cetak

Seramai 20 orang maut dan 55 lagi cedera setelah seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya dalam satu majlis perkahwinan Kurdish di bandar Hasakah yang berhampiran bandar Kameshli di timur laut Syria, semalam. Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Secara berasingan, tiga orang awam terkorban manakala 11 lagi cedera apabila dua orang pengebom berani mati meletupkan diri di bandar Hama, bahagian tengah negara itu pada hari yang sama.

Agensi Berita SANA melaporkan, insiden tersebut berlaku berdekatan dengan Dataran Assi, pada sela masa 15 minit. Kumpulan militan "Daesh" mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Letupan berkenaan berlaku ketika gabungan pemberontak dan kumpulan militan menghampiri bandar dikawal kerajaan di provinsi Hama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China