Cari:
AS Salahkan Rusia Cemari Gencatan Senjata Syria
2016-10-04 14:48:00 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) memutuskan memberhentikan buat sementara perundingan dengan Rusia berhubung isu pelaksanaan gencatan senjata Syria, di samping menggantung pelan tindakan bersama mengenai operasi memerangi kumpulan militan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby dalam kenyataan semalam mendakwa, komunikasi dua hala Washington-Moscow berhubung sinergi menjaga perjanjian gencatan senjata melibatkan pihak-pihak bertelagah di Syria yang tercapai September lalu telah digantung, selain daripada tindakan negara itu untuk memanggil balik personel yang bakal menyertai pembentukan sebuah pertubuhan anjuran AS-Rusia untuk memusnahkan kumpulan pengganas.

Kirby menyelar sikap Rusia kerana tidak menepati janjinya dalam melaksanakan perjanjian gencatan senjata Syria, sekali gus enggan mendesak rejim Basyar Al-Assad supaya mematuhi perjanjian berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest menyifatkan usaha sama AS dan Rusia dalam membantu Syria keluar dari kancah peperangan sudah berada dalam kebuntuan.

Walau bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova membalas bahawa perbuatan AS mempersalahkan Rusia yang mencemari perjanjian gencatan senjata berkenaan hanya akan merumitkan lagi krisis politik yang sudah wujud lama di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China