Cari:
China, Myanmar Eratkan Ikatan Pauk-Phaw
2016-10-04 13:49:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Karnival Pauk-Phaw China-Myanmar ke-16 disambut dengan meriah di bandar Ruili, daerah Dehong, provinsi Yunnan, kawasan sempadan China dan Myanmar, pada 3 Oktober lalu.

Ketika menyebut tentang karnival kali pertama yang diadakan di bandar Mang, daerah Dehong, Yunnan pada 60 tahun yang lalu, Naib Ketua Pengarah Institut Pengajian Myanmar Akademi Sains Sosial Provinsi Yunnan, Lei Zhuning masih amat teruja. Beliau berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 bagi aktiviti Karnival Pauk-Phaw China-Myanmar. China dan Myanmar akan mengekalkan persahabatan Pauk-Phaw yang diwariskan secara turun temurun pada zaman keemasan bagi hubungan kedua-dua negara pada ketiak ini.

"Pauk-Phaw" dalam bahasa Myanmar bermakna adik-beradik seibu sebapa, dianggap kegelaran mesra oleh rakyat Myanmar terhadap rakyat China.

Menurut statistik kerajaan Myanmar, jumlah pelaburan kontrak China terhadap Myanmar telah mencatat USD25.4 bilion, menduduki 40% daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing terhadap Myanmar sejak tahun 1988. Angka ini merupakan 3.5 kali ganda berbandingan dengan jumlah keseluruhan pelaburan dari Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah. Pelaburan China terhadap Myanmar boleh dikatakan memainkan peranan yang cukup besar untuk menaik taraf prasarana di Myanmar.

Lei Zhuning berkata, China merupakan rakan perdagangan, negara pengeksport dan negara sumber pelaburan yang terbesar bagi Myanmar, hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara amat erat pada masa ini. Dalam konteks ini, pelaburan syarikat China di Myanmar sentiasa menjadi topik hangat.

China akan memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Myanmar dari segenap aspek berikutan pembinaan inisiatif "Jalur & Laluan"(B&R) pada ketika ini. Lei Zhuning berkata, kerjasama juga dapat diperluas dalam bidang yang lain selain terus meningkatkan pembinaan infrastruktur di Myanmar, contohnya, industri pelancongan. Keindahan pemandangan di beberapa pulau di Myanmar setanding dengan pulau di Thailand, namun infrastruktur di negara ini masih ketinggalan zaman. Jika China dan Myanmar memperkasakan kerjasama dalam bidang tersebut, industri pelancongan di Myanmar diyakini dikembangkan dengan pesat.

Lei berpendapat, kerjasama China-Myanmar pada masa depan perlu mengutamakan sektor pertanian, pengairan, pendidikan, rawatan dan perubatan yang merupakan bidang-bidang yang bermanfaat kepada rakyat jelata.

Masalah kekurangan bekalan elektrik di Myanmar mengekang pertumbuhan ekonomi tempatan. Untuk mengatasi masalah ini, Myanmar bukan sahaja memerlukan bantuan daripada negara yang lain, malah juga perlu menimba pengalaman perkembangan negara asing. Lei Zhuning menambah, China boleh membantu Myanmar mempercepat pembinaan grid. Selepas grid itu siap dibina, kuasa elektrik dari Fuyu, Yunnan dapat dihantar ke Myanmar pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China