Cari:
Tingkatkan Kerjasama China dan Negara-Negara Bertutur Bahasa Portugal
2016-10-04 15:17:12 CRI Cetak

Sekretariat Tetap Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China dengan negara-negara bertutur bahasa Portugal semalam mengumumkan, sidang peringkat menteri ke-5 forum itu akan diadakan di Makau pada 11 hingga 12 Oktober nanti. Upacara perasmian, platform perkhidmatan kerjasama ekonomi dan perdagangan, mesyuarat peringkat menteri, persidangan usahawan dan ahli kewangan serta sidang media akan diadakan sepanjang berlangsungnya sidang kali ini.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng akan bertugas sebagai moderator dalam upacara pembukaan sidang kali ini yang akan menyaksikan penentuan arah kerjasama ekonomi dan perdagangan, bidang dan cara kerjasama serta penandatanganan dokumen yang berkenaan antara China dengan negara-negara yang bertutur bahasa Portugal bagi tempoh 2017-2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China