Cari:
IMF Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Tahun ini dan Tahun Depan
2016-10-05 12:20:49 CRI Cetak

Menurut laporan Prospek Ekonomi Dunia terkini yang diumumkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam, pertumbuhan ekonomi global dijangka mencatat 3.1% pada tahun ini, dan 3.4% pada tahun depan yang sama dengan unjuran institusi ini pada bulan Julai lalu.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara maju dijangka menurun 0.2% kepada 1.6% pada tahun ini, manakala kekal mencatat 1.8% pada tahun depan. Antaranya, pertumbuhan ekonomi AS dijangka mencatat 1.6% pada tahun ini dan 2.2% pada tahun depan, masing-masing telah menurun 0.6% dan 0.3% berbanding unjuran yang dibuat IMF pada bulan Julai lalu. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi di kawasan Euro pula dijangka mencatat 1.7% pada tahun ini dan 1.5% pada tahun depan yang meningkat 0.1% berbanding dengan unjuran IMF.

Pertumbuhan ekonomi di pasaran baru muncul dan entiti ekonomi membangun dijangka meningkat 0.1% kepada 4.2% pada tahun ini, lebih tinggi berbanding dengan 4% pada tahun 2015. China pula dijangka akan mencapai 6.6% pada tahun ini dan 6.2% pada tahun yang akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China