Cari:
Perjanjian Paris Dijangka Berkuatkuasa Hujung Tahun ini
2016-10-05 13:06:05 CRI Cetak

Parlimen Eropah melalui pengundian semalam bersetuju Kesatuan Eropah(EU) meratifikasi Perjanjian Paris. Dengan ini, perjanjian tersebut berkemungkinan dapat berkuatkuasa menjelang penghujung tahun ini.

EU telah menyelesaikan proses undang-undang untuk meratifikasi Perjanjian Paris dengan disaksikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-21 yang juga Menteri Alam Sekitar Perancis, Ségolène Royal. Di samping itu, menteri-menteri alam sekitar dari 28 buah negara anggota EU telah mencapai kata sepakat untuk meratifikasi Perjanjian Paris dengan secepat mungkin pada mesyuarat yang diadakan di Brussel pada 30 September lalu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam menerusi jurucakapnya mengeluarkan kenyataan yang menggesa pelbagai pihak mempercepat prosedur pengesahan dalam negeri masing-masing supaya Perjanjian Paris dapat dikuatkuasakan menjelang penghujung tahun ini.

Sebelum ini, terdapat 62 buah negara yang telah meratifikasi perjanjian tersebut, namun jumlah pelepasan gas rumah hijau dari negara yang menyertai perjanjian ini secara rasmi hanya mencatat hampir 52% daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global. Kadar ini dapat melebihi 55% yang diperlukan bagi Perjanjian Paris dikuatkuasakan setelah EU meratifikasi perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China