Penyampaian anugerah tersebut bertujuan untuk memuji hasil penting yang dicapai oleh Yuan Longping dalam penyelidikan teknologi pengeluaran kacukan padi, bahkan menggalakkan keselamatan bekalan bahan makanan di dunia.
Yuan Longping menyampaikan ucapan yang bertajuk "Meningkatkan pengeluaran padi kacukan bagi menjamin keselamatan bahan makanan sejagat" dalam majlis penyampaian anugerah itu. Beliau menyatakan bahawa padi merupakan makanan ruji bagi separuh daripada jumlah keseluruhan populasi di dunia, terutamanya di China, lebih daripada 60% penduduk menjadikan padi sebagai makanan ruji. Dalam pada itu, meningkatkan pengeluaran padi pacukan amat penting untuk menjamin keselamatan bahan makanan di dunia.