Cari:
Lee Hsien Loong: Asia Perlu Susun Semula Selaras Bangkit China
2016-10-05 14:14:38 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini menyatakan, negara-negara di Asia malah seluruh dunia menghadapi satu perubahan yang besar, iaitu kebangkitan China. Tiap-tiap negara perlu mengadakan penyusunan semula akibat fenomena ini. China sendiri pula perlu mengadakan penyusunan semula dan memikul tanggungjawab sebagai satu kuasa besar yang membangun semula.

Menurut media asing berkenaan, rantau Asia-Pasifik mengalami perubahan yang besar dari segi geopolitik. Pelbagai negara perlu memperkasakan kerjasama untuk mencapai kejayaan dalam iklim yang penuh cabaran.

Lee menyatakan, revitalisasi China adalah positif. Kejayaan China dan kebergantungan yang semakin besar dalam hubungan antara China dengan negara-negara lain memberikan sumbangan yang besar bagi kemakmuran Asia malah seluruh dunia.

Menurutnya, China dikehendaki memahami kebimbangan negara-negara jiran dan kuasa besar yang lain akibat pembangunannya, dan bertindak untuk menunjukkan keazamannya bagi menjalinkan hubungan menang-menang dengan negara yang lain. Selain itu, China dikehendaki menunjukkan pandangan yang enggan memansuhkan order antarabangsa yang sedia ada ketika cuba membina semula rangka dan peraturan antarabangsa.

Menurutnya, negara kecil seperti Singapura boleh mendapat manfaat dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China. Contohnya, Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dilihat akan memenuhi permintaan Asia dalam bidang infrastruktur dan kesalinghubungan. Sementara itu, kuasa besar yang lain dikehendaki mengakui hak dan kepentingan China. China yang semakin kuat berharap memainkan peranan yang lebih penting dan mempunyai suara yang lebih lantang dalam pertubuhan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa perlu memahami dan mengambil kira kehendak China tersebut.

Perselisihan yang berlaku sekali-sekala tidak dapat dielakkan ketika keseimbangan strategi antarabangsa mengalami perubahan. Pertikaian tentang kedaulatan di Laut China Selatan dan Laut China Timur tidak luar jangkaan. Pelbagai pihak yang terlibat perlu komited untuk mewujudkan keseimbangan baharu dan mengelakkan konflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China