Cari:
Kestabilan Pertumbuhan Ekonomi China Manfaatkan Ekonomi Dunia
2016-10-06 12:29:04 CRI Cetak

Menurut laporan Prospek Ekonomi Dunia yang diumumkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, unjuran pertumbuhan ekonomi global tahun ini dan tahun depan dikekalkan. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi yang agak pesat entiti ekonomi baharu seperti China dan India telah menjadi tonggak yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi global.

Laporan tersebut memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi global dijangka mencatat 3.1% pada tahun ini, dan 3.4% pada tahun depan yang sama dengan unjuran institusi ini pada bulan Julai lalu. Pertumbuhan ekonomi negara maju dijangka menurun 0.2% kepada 1.6% pada tahun ini, manakala kekal mencatat 1.8% pada tahun depan. Antaranya, pertumbuhan ekonomi AS dijangka mencatat 1.6% pada tahun ini dan 2.2% pada tahun depan, masing-masing telah menurun 0.6% dan 0.3% berbanding unjuran yang dibuat IMF pada bulan Julai lalu. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi di kawasan Euro pula dijangka mencatat 1.7% pada tahun ini dan 1.5% pada tahun depan yang meningkat 0.1% berbanding dengan unjuran IMF. Pertumbuhan ekonomi di pasaran baru muncul dan entiti ekonomi membangun dijangka meningkat 0.1% kepada 4.2% pada tahun ini, lebih tinggi berbanding dengan 4% pada tahun 2015.

China dijangka akan mencapai 6.6% pada tahun ini dan 6.2% pada tahun yang akan datang berikutan dasar yang dilaksanakan China pada awal tahun ini akan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Manakala, pertumbuhan ekonomi India pula dijangka akan mencapai 7.6% pada tahun ini dan tahun depan. Laporan IMF menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi China dan India lebih pesat daripada peningkatan purata dunia yang merupakan sokongan kukuh bagi pertumbuhan ekonomi global.

Menurut laporan tersebut, transformasi ekonomi China kian ditingkatkan, penggunaan di negara ini kekal meningkat, manakala nisbah industri perkhidmatan dalam ekonomi semakin bertambah. Laporan tersebut memberi unjuran bahawa seiring dengan peningkatan pendapatan per kapita di China secara berterusan, jurang perbezaan pendapatan China dengan negara maju dijangka akan berkurang 7% dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China