Cari:
Prestasi Ekonomi China Mantapkan Pertumbuhan Asia
2016-10-06 14:40:28 CRI Cetak

Bank Pembangunan Asia (ADB) mengun­jurkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia kekal mampan dan berdaya tahan disebabkan pemulihan ekonomi China dan India.

Timbalan Ketua Ahli Ekonomi ADB, Zhuang Juzhong berpendapat, biarpun situasi ekonomi di dunia kini masih lesu, namun sumbangan China dan India yang masing-masing menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat kelihatan semakin besar terhadap pertumbuhan di kawasan Asia.

Laporan terkini ADB menunjukkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia bagi 2016 dan 2017 diunjur perlahan sedikit dengan mencatat 5.7 peratus berban­ding sasaran awal 5.9 peratus yang direkodkan pada 2015.

Menurut Zhuang, meskipun prospek itu menggalakkan, tetapi pertumbuhan rantau ini masih terdedah kepada risiko ketara kerana kelembapan kewangan global akan menguji daya tahan ekonomi Asia.

China telah mengalami pertumbuhan yang perlahan pada tahun lepas, namun negara ini menyaksikan peningkatan beransur-ansur selepas langkah-langkah melibatkan dasar kewangan dan polisi monetari dilaksanakan, dan melebihi paras seperti yang diunjurkan ADB sebelum ini.

ADB kali ini menjangkakan, prospek pertumbuhan ekonomi buat China adalah kukuh, iaitu mencecah 6.6 peratus pada 2016 dan 6.4 peratus pada 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China