Cari:
Guterres Dijangka Jadi Setiausaha Agung Baharu PBB
2016-10-06 14:54:14 CRI Cetak

Bekas Perdana Menteri Portugal, Antonio Guterres dijangka menjadi setiausaha agung baharu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyusuli satu undi muktamad oleh Majlis Keselamatan pada Rabu lalu.

Presiden majlis itu bagi bulan Oktober yang juga Duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin mengisytiharkan Guterres bakal menggantikan Ban Ki-moon sebagai ketua diplomat dunia. Pengundian rasmi akan berlangsung pada Khamis ini untuk mengesahkan pencalonan Guterres.

Guterres, 67, menjadi perdana menteri Portugal dari 1995 hingga 2002.

Setiausaha agung baharu PBB akan memulakan tempoh perkhidmatan lima tahunnya pada 1 Januari depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China