Cari:
Filipina Sukar Bebaskan Diri daripada Kebergantungan Ketenteraan AS
2016-10-06 14:12:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan Amerika Syarikat (AS) ke atas tindakan kerajaannya untuk membanteras pengedaran dan penyalahguanaan dadah serta isu AS menjual senjata kepada Filipina. Beliau berkata, mungkin akan "berpisah" dengan AS dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden.

Filipina dan AS memulakan Latihan Pendaratan Amfibi(Phiblex) 2016 pada 4 Oktober lalu. Pada hari yang sama, Duterte telah menyampaikan ucapan tiga kali untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dan rasa kecewa terhadap kritikan AS ke atas tindakan memerangi dadah Filipina dan isu AS menjual senjata kepada Filipina. Menurut beliau, AS bukanlah rakan sekutu yang dapat dipergantungi. Negara itu bukan sahaja tidak meyalurkan bantuan kepada Filipina, bahkan menjadi negara pertama yang mengemukakan kritikan terhadap tindakan memerangi jenayah dadah yang dilaksanakan kerajaan Filipina pada ketika ini. Duterte menegaskan bahawa beliau akan meneruskan operasi antidadah yang "tidak mempunyai rasa belas kasihan" hinggakan "pesalah dadah terakhir hilang di jalan-jalan negara ini".

Dalam satu ucapannya, Duterte berkata, rasa saling menghormati amat penting bagi hubungan antara Filipina dan AS. Jika rasa saling menghormati terhilang, Filipina akan "menyusun semula dasar luar", pada akhirnya mungkin "berpisah" dengan AS, dan mengembangkan hubungan bilateral dengan Rusia dan China. Beliau mendedahkan bahawa sekiranya AS menolak menjual senjata berkenaan kepada Filipina, Filipina akan membeli senjata tersebut daripada negara yang lain.

Berhubung dengan kenyataan Duterte itu, Jutucakap White House AS, Josh Earnest memberikan respons bahawa hubungan sekutu antara AS dan Filipina masih kukuh. Beliau mengingatkan bahawa kenytaan Presiden Filipina berkenaan bercanggah dengan "hubungan mesra" antara kedua-dua negara. Earnest berkata, meskipun AS akan mengekalkan hubungan sekutu yang kukuh tersebut, namun kerajaan AS masih akan menyuarakan rasa bimbang terhadap tindakan kerajaan Filipina yang menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah tanpa melalui proses undang-undang.

Beberapa pakar ketenteraan menganalisis bahawa walaupun Duterte mengancam akan mengurangkan pembelian senjata daripada AS, bahkan "berpisah" dengan AS, namun Filipina dijangka akan menghadapi masalah kekurangan modal, teknologi dan kakitangan jika mahu membebaskan diri secara menyeluruh daripada kebergantungan ketenteraan AS.

Menurut data-data Institut Pengajian Kedamaian Antarabangsa Stockholm (SIPRI), AS merupakan negara pengeksport senjata terbesar bagi Filipina. Manakala, Filipina merupakan negara yang menerima bantuan ketenteraan yang paling banyak daripada AS di rantau Asia-Pasifik. Filipina mendapat bantuan sebanyak USD50 juta pada Tahun Kewangan 2015 untuk membeli senjata dan kelengkapan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China