Cari:
Antonio Guterres Dicalonkan Setiausaha Agung PBB Baharu
2016-10-07 13:07:40 CRI Cetak

15 buah negara anggota Majlis Keselamatan PBB(UNSC) semalam sepakat bersetuju melantik bekas Perdana Menteri Portugal, yang juga bekas Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian(UNHCR), Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung PBB yang baharu untuk menggantikan Ban Ki-moon dari Korea Selatan. Penggal perkhidmatannya dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2021.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan, presiden bergilir UNSC bulan ini, yang juga wakil tetap Rusia ke PBB, Vitaly Churkin berkata, pelbagai anggota UNSC berpendapat bahawa Antonio Guterres merupakan calon yang paling sesuai untuk menyandang jawatan Setiausaha Agung PBB. Beliau "mempunyai banyak kelebihan", pernah mengetuai agensi pelarian PBB selama sedekad dan merupakan orang yang bersikap "terbuka".

Antonio Guterres, 67, pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Portugal dari 1995 hingga 2002.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China