Cari:
AS dan Rusia Hentikan Rundingan Isu Syria Merupakan Kemunduran Teruk
2016-10-07 15:20:56 CRI Cetak

Utusan khas PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura dalam sidang akhbar di Geneva semalam menyatakan bahawa AS dan Rusia membuat keputusan untuk menghentikan rundingan dua hala bagi mengekalkan perjanjian gencatan senjata Syria merupakan "kemunduran yang teruk".

Mistura berkata, situasi di Syria terutamanya di Aleppo, bandar utara negara itu amat kritikal. Kawasan Aleppo timur mungkin akan mengalami "kebinasaan" menjelang Hari Krismas tahun ini sekiranya situasi seumpama ini diteruskan. Beliau juga menggesa kumpulan bersenjata berundur secara inisiatif dari kawasan Aleppo timur untuk mengelakkan lebih banyak rakyat jelata tempatan daripada terjejas.

Pada hari yang sama, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyatakan bahawa berikutan AS tidak dapat mengasingkan kumpulan pembrontak Syria dengan kumpulan pengganas, perjanjian yang dicapai oleh Rusia dan AS mengenai isu Syria terpaksa tergantung buat sementara waktu. Namun, Rusia dan Syria bersedia menunaikan tanggungjawab sendiri menurut perjanjian itu termasuk menjamin kejayaan gencatan senjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China