Erik Solheim, Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua mengucapakan terima kasih kepada China kerana memainkan peranan yang positif untuk menggalakkan ratifikasi Perjanjian Paris dan peranan pimpinannya dalam pengurusan alam sekitar global.
Solheim berkata, sebagai dua entiti ekonomi terbesar di dunia, China dan Amerika Syarikat (AS) telah meratifikasi Perjanjian Paris pada bulan September lalu. Hal ini bermanfaat bagi menggalakkan penguatkuasaan dan pelaksanaan perjanjian ini.
Beliau berpendapat, China sedang melambatkan proses perubahan iklim dan mengatasi pencemaran udara melalui inovasi dan teknologi hijau, selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor mesra alam dan memacu pertumbuhan ekonomi. Tindakan China seumpama ini patut dijadikan contoh oleh negara-negara yang lain.