Cari:
Perjanjian Paris Belum Tentu Nasibnya di AS
2016-10-07 14:38:52 CRI Cetak

Perjanjian Paris akan berkuatkuasa pada 4 November nanti. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hendak menjadikan pengesahan dokumen itu sebagai "warisan politiknya". Tetapi menurut penganalisis AS, bantahan yang semakin kuat daripada Kongres serta perselisihan antara parti pemerintah dengan parti pembangkang akan menjejaskan perjanjian tersebut daripada dilulus di AS.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyatakan pada 5 Oktober yang lalu, memandangkan halangan terakhir telah dihapuskan, Perjanjian Paris akan berkuatkuasa pada 4 November nanti. Walaupun Obama mengalu-alukan kelulusan perjanjian itu dalam masyarakat antarabangsa, tetapi ramai ahli politik AS menentang perjanjian tersebut.

Speaker Dewan Perwakilan, Paul Ryan menyatakan, Perjanjian Paris menjadi malapetaka bagi ekonomi AS. Menurutnya, perjanjian itu akan menjejaskan keuntungan AS dalam penerokaan sumber tenaga. Sumber tenaga kos rendah yang terletak di bawah bumi yang sudah boleh diteroka akan terpaksa dikekalkan keadaan sekarang ini sehingga dilihat tidak boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan perkerjaan.

Calon presiden Parti Repulikan, Donald Trump pula menentang perjanjian itu. Majoriti anggota parti itu menentang tindakan sepihak Obama tentang perubahan iklim sejagat. Malah sebahagian mereka mencurigai sama ada manusia perlu bertanggungjawab tentang kenaikan suhu sejagat atau tidak.

Memandangkan Kongres yang didominasi Parti Republikan yang menentang Perjanjian Paris, Obama memilih "menganggotai" perjanjian itu dengan menggunakan perintah presiden. Menurut kerajaan Obama, Perjanjian Paris di bawah Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) yang ditandatangani pada 1992, dan Kongres AS telah meluluskan konvensyen itu. Dengan demikian, Perjanjian Paris tidak perlu dibahas dalam Kongres dan boleh terus dilaksanakan oleh badan-badan yang berkenaan.

Menurut penganalisis, setelah berakhirnya tempoh perkhidmatan Obama, presiden penggantinya berhak untuk menolak dasar Obama tentang iklim. Jikalau calon presiden Parti Republikan menang dalam pilihan raya, Perjanjian Paris mungkin ditolak oleh kerajaan baharu. Jauh sebelum ini, bekas Presiden, George W. Bush pernah menolak Protokol Kyoto yang diluluskan oleh presiden sebelumnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China