Cari:
Rizab Pertukaran Asing China Catat 2.27 Trilion
2016-10-08 15:08:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut data-data yang dikeluarkan Bank Rakyat China pada 7 Oktober lalu, rizab pertukaran asing China mencatat USD3166.38 bilion pada penghujung bulan September lalu, susut USD18.78 bilion berbanding dengan bulan Ogos, dan menurun selama tiga bulan berturut-turut.

Rizab pertukaran asing China menurun USD4.1 bilion pada bulan Julai dan USD15.89 bilion pada Ogos. Berdasarkan pengiraan Hak Pengeluaran Khas (SDR), rizab pertukaran asing China mencatat USD2.27 trilion pada penghujung September lalu.

Selepas renminbi(RMB) menyertai kelompok mata wang SDR Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1 Oktober lalu, para pelabur antarabangsa dijangka akan menaikkan permintaan terhadap RMB pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China