Cari:
China Mungkin Jadi Satu-Satunya Negara Yang Ada ISS pada 2024
2016-10-08 15:46:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China merancang untuk melancarkan projek rintis stesen angkasa lepas menjelang tahun 2018, di samping melancarkan stesen angkasa lepas yang terdiri daripada gabungan modul kabin seberat 20 tan menjelang tahun 2020. Dengan ini, China berkemungkinan besar menjadi satu-satunya negara yang memiliki stesen angkasa lepas di seluruh dunia selepas Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tamat beroperasi pada tahun 2024.

Demikian didedahkan oleh Ketua Pengarah Syarikat Sains dan Teknologi Ruang Aeroangkasa China (CASC), Lei Fanpei ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Lei berkata, pelan pembinaan stesen angkasa lepas China telah dimuktamadkan. Stesen angkasa lepas tersebut bakal merangkumi satu kabin utama dan dua kabin makmal. Kabin utama untuk menjalankan ujian akan dibawa ke orbit menggunakan roket pembawa "Long March 5 (CZ-5)" pada tahun 2018. Stesen angkasa lepas dijangka akan dikaji dan dibangunkan serta dilancarkan pada tahun 2022.

Stesen angkasa lepas tersebut akan beroperasi di orbit sejauh 400 kilometer selama sepuluh tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China