Cari:
China Meterai Perjanjian Pengiktirafan Bersama Ijazah dengan 19 Negara EU
2016-10-09 15:38:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China telah memeterai Perjanjian Pengiktirafan Bersama mengenai ijazah pendidikan tinggi dengan 19 buah negara anggota Kesatuan Eropah (EU), antaranya termasuklah Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal dan lain-lain, di samping mengadakan pertukaran dan kerjasama pendidikan yang kukuh dengan agensi-agensi EU dan 28 buah negara anggota EU pada ketika ini.

Demikian dimaklumkan dalam sesi taklimat Mesyuarat Menteri Pendidikan Negara China-EU dan Dialog Dasar Pendidikan China dengan Eropah Tengah dan Eropah Timur ke-4 yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan China di Beijing pada 8 Oktober lalu. Kedua-dua mesyuarat tersebut dijadualkan diadakan di Beijing pada 11 Oktober depan.

Difahamkan, antara topik utama mesyuarat tersebut termasuklah menggalakkan pengiktirafan bersama jam kredit antara China dengan EU.

Jumlah keseluruhan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di negara EU mencatat 303,451 orang setakat penghujung tahun 2015, menduduki 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Manakala, jumlah pelajar negara EU yang melanjutkan pelajaran di China mencatat 45,125 orang sepanjang tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China