Cari:
China, Portugal Intensifkan Kerjasama Bilateral
2016-10-09 15:40:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Portugal perlu mengekalkan pertukaran lawatan antara pemimpin peringkat tinggi untuk meningkatkan rasa saling mempercayai strategik.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Portugal, Antonio Maria Costa di Dewan Rakyat Beijing pada 8 Oktober lalu.

Menurut Xi, China dan Portugal sentiasa bersikap saling memahami, saling menghormati, saling mempercayai dan saling menyokong sejak hubungan diplomatik dijalinkan kira-kira 37 tahun yang lalu. Pertukaran lawatan antara pemimpin peringkat tinggi kedua-dua negara semakin kerap pada beberapa tahun kebelakangan ini. Hal tersebut menggalakkan kerjasama bilateral pragmatik membuahkan hasil yang memberangsangkankan, sekali gus memperkaya konotasi perkongsian strategik komprehensif dua hala.

Presiden Xi mengalu-alukan lawatan rasmi Costa ke China, di samping menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri ke-5 Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China dan Negara-negara Berbahasa Portugis.

Tegas Xi, China akan menggalakkan lebih banyak komuniti perniagaan China untuk membuat pelaburan dalam sektor kewangan, insurans, perubatan dan kesihatan serta pembinaan prasarana. Portugal juga diharap agar terus terlibat dengan aktif dalam pembinaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R). Serentak dengan itu, kedua-dua negara juga digalakkan untuk memperkasakan kerjasama dalam penyelidikan sains marin dan pembinaan logistik pelabuhan pada masa depan.

Costa berharap agar lawatan beliau ke China kali ini dapat mendorong kedua-dua negara mengintensifkan kerjasama dua hala dalam pelbagai aspek, terutamanya sektor sumber tenaga, kewangan, tenaga elektrik, pembinaan infrastruktur, pertanian, perkilangan dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China