Cari:
Trump Tolak Berundur daripada Pemilihan Presiden AS
2016-10-09 15:57:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Calon presiden Parti Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak gesaan pemimpin Parti Republikan untuk berundur daripada Pemilihan Presiden AS setelah tersiarnya rakaman video kontroversi Trump pada tahun 2005.

Trump menyatakan demikian ketika diwawancara akhbar The Washington Post AS pada 8 Oktober lalu.

The Washington Post mendedahkan rakaman video tersebut pada 7 Oktober lalu yang menunjukkan Trump mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina wanita. Pada hari yang sama, Trump turut meminta maaf dalam satu kenyataan ringkas selepas video tersebut disiarkan.

Video kontroversi itu telah mencetuskan kecaman yang hebat daripada kumpulan Hillary Clinton dan peringkat tinggi Parti Demokratik Kongres. Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan AS, Reince Priebus, Speaker Dewan Perwakilan AS, Paul Ryan serta ahli-ahli Parti Republikan masing-masing mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dapat menerima kenyataan dan tindakan Trump yang seumpama itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China