Cari:
Forum Xiangshan Bincang Keselamatan Asia Pasifik
2016-10-11 14:34:52 CRI Cetak

Forum Xiangshan ke-7 membuka tirainya di Beijing semalam, dengan kehadiran kira-kira 500 pegawai tentera dan pakar keselamatan bagi membincangkan kerjasama keselamatan Asia-Pasifik.

Naib Ketua Turus Bersama Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Komunis China, Admiral Sun Jianguo menyifatkan Forum Xiangshan sebagai satu wadah berprestij yang menyediakan kemudahan kepada kawasan Asia-Pasifik untuk membincangkan isu-isu keselamatan dan pertahanan.

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin ketika berucap pada forum itu meluahkan harapan agar dialog dan kerjasama antara pelbagai negara dapat terus diperkasakan demi menyumbang kepada usaha damai di rantau dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China