Cari:
Kemboja Nantikan Lawatan Presiden Xi Jinping
2016-10-11 15:50:17 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja bulan ini. Beliau dan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni ketika mengadakan rundingan di Beijing pada bulan Jun lalu telah bersetuju untuk bersama-sama merapatkan perkongsian stategik komprehensif kedua-dua negara. Sempena lawatan Xi ke Kemboja, pelbagai kalangan masyarakat Kemboja telah melahirkan harapan dan menanti-nantikan lawatan beliau kali ini.

Dalam tempoh lawatan itu, Presiden Xi akan bertemu dengan Raja Norodom Sihamoni, mengunjungi Permaisuri Monile Sihanouk, serta mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Hun Sen.

Hun Sen yakin bahawa lawatan Presiden Xi tentu akan memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Mantan Pengerusi Majlis Perlembagaan Kemboja, yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Kemboja-China, Ek Sam Ol menyatakan bahawa Kemboja telah membuat persiapan yang rapi untuk menyambut lawatan Presiden Xi.

China dan Kemboja mempunyai hubungan persahabatan yang kukuh dan bersejarah walaupun menempuh pelbagai ujian. Kedua-dua negara ini tidak berganjak menggalakkan perkembangan perkongsian strategik komprehensif. Kerajaan Kemboja amat mementingkan lawatan Presiden Xi kali ini dan membuat persiapan yang baik untuk memastikan lawatan itu diadakan dalam suasana yang meriah dan berjaya.

Setiausaha Negera Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Kemboja, Khim Sarith menyatakan bahawa sempena lawatan Presiden Xi ke Kemboja, kedua-dua negara akan menandatangani beberapa dokumen kerjasama bagi memperkukuh hubungan persahabatan tradisi kedua-dua negara.

Kaunselor Politik Kedutaan Besar China ke Kemboja, Tan Qingsheng menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini menggambarkan pandangan strategik pemimpin China dan akan memberikan panduan terhadap perkembangan hubungan bilateral. Beliau yakin hubungan China-Kemboja pasti akan meningkat ke tahap baharu.

Ketua Institut Pengajian Strategik Kemboja, Pan Kun menyatakan bahawa dalam tempoh 25 tahun yang lalu, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara sering diadakan, kedua-dua negara dapat berkembang bersama dan saling menyokong melalui komunikasi yang tidak pernah berhenti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China