Cari:
Putin Batal Lawatan ke Paris
2016-10-12 15:11:07 CRI Cetak

Jurucakap Kremlin, Dmitriy Peskov mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin membatalkan lawatan ke Paris yang dijadualkan pada 19 Oktober depan.

Dalam satu kenyataan kepada media Moscow semalam, Peskov berkata, lawatan Presiden Putin ke Perancis, yang dirancang sebelumnya dibatalkan ekoran pembatalan pihak tuan rumah pada beberapa aktiviti kebudayaan yang diatur untuk Putin yang termasuk menghadiri majlis pembukaan pameran dan pusat budaya Rusia di Paris.

Dilaporkan, Putin bersedia untuk mengadakan lawatan ke Paris pada bila-bila masa sekiranya rakan sejawatnya dari negara itu, François Hollande sudah berada dalam keadaan yang selesa.

Oleh itu, Kremlin akan menunggu waktu yang sesuai untuk menilai semula lawatan berkenaan.

Hubungan antara Moscow dengan Paris tegang selepas Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi yang dibentangkan oleh Perancis kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Walaupun begitu, Peskov menolak dakwaan yang menyatakan pembatalan lawatan Putin ke Paris adalah disebabkan Hollande ingin berbincang tentang krisis Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China