Cari:
Kritikan terhadap Pasukan Pengaman China Tidak Berasas
2016-10-12 15:14:31 CRI Cetak

China menolak kritikan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat (AS) terhadap prestasi pasukan pengaman China yang bertugas di Sudan Selatan.

Bantahan itu disuarakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun dalam sidang media di Beijing, semalam, susulan terdapat laporan mengenai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani rusuhan besar-besaran di Juba, ibu negara Sudan Selatan pada Julai lalu.

Dilaporkan, pertubuhan "Orang Awam dalam Konflik " yang berpusat di Washington dalam laporannya menyelar keengganan pasukan pengaman China untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada golongan pelarian yang terdedah kepada pertempuran sengit, sebaliknya melepaskan gas pemedih mata terhadap mereka tidak berdosa apabila tercetusnya rusuhan besar-besaran di Juba pada waktu malam 10 Julai lalu.

Yang Yujun membalas, kritikan NGO yang menyatakan anggota pasukan pengaman China cuai dalam melaksanakan tugas mereka adalah tidak berasas sama sekali dan hanya bertujuan untuk mencemari imej negara China di mata dunia.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China