Laporan bulanan terkini daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang berpangkalan di Paris menunjukkan bahawa jumlah pengeluaran semasa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi bulan September lalu meningkat sebanyak 160 ribu tong sehari, dengan kadar pengeluaran semasa terkini mencatat 33.44 juta tong.
Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung OPEC, Mohammed Barkindo mengumumkan bahawa OPEC akhirnya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah, sebagai langkah untuk menstabilkan pasaran minyak.
Menurut laporan IEA, di bawah persefahaman baharu, jumlah pengeluaran minyak mentah akan berada pada tahap antara 32.5 juta hingga 33 juta tong sehari berbanding dengan kadar pengeluaran semasa yakni 33.4 juta tong bagi menyelesaikan masalah lebihan bekalan minyak mentah.