Antonia Guterres
Pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Peter Thomsen mengutus surat kepada semua anggota PBB semalam, yang memaklumkan bahawa Antonio Guterres akan dilantik secara rasmi sebagai Setiausaha Agung yang baharu pada persidangan Perhimpunan Agung yang bakal diadakan pada 13 Oktober ini.
Beliau dalam surat itu berkata, persidangan itu akan bermula pada pukul 10.00 pagi.
Resolusi tentang pelantikan Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung PBB diharap dapat diluluskan oleh semua anggota melalui tepukan tangan.
Setiausaha Agung PBB sekarang, Ban Ki-moon akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember tahun ini.