Cari:
China Tegaskan Pembinaan Pola Keselamatan yang Adil dan Berkongsi
2016-10-12 13:57:17 CRI Cetak

Forum Xiangshan ke-7 dirasmikan di Beijing semalam. Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika berucap dalam majlis perasmian menyatakan bahawa jabatan pertahanan dan tentera China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk membina pola keselamatan dunia yang adil dan berkongsi. Selain itu, beliau menyatakan bahawa China mengesyorkan pelbagai pihak agar mengembangkan hubungan yang berdialog dan berakan.

Forum Xiangshan yang ditubuhkan pada tahun 2006, dianjurkan bersama oleh Persatuan Sains Ketenteraan China dan Persatuan Strategi Antarabangsa China. Forum Xiangshan kini telah menjadi wadah dialog keselamatan dan pertahanan peringat tinggi yang penting bagi rantau Asia Pasifik.

Forum kali ini bertema "Tingkatkan Dialog dan Kerjasama Keselamatan, Bina Hubungan Antarabangsa Baharu". Para peserta akan mengadakan perbincangan tentang empat topik, iaitu bekerjasama untuk menangani cabaran keselamatan baharu di Asia Pasifik, peranan tentera dalam tadbir urus global, kerjasama keselamatan maritim, serta ancaman keganasan antarabangsa dan langkah-langkah untuk menanganinya.

Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika berucap dalam forum itu menyatakan bahawa kebanyakan isu keselamatan semasa disebabkan pembangunan yang ketinggalan, misalnya perang saudara, konflik, keganasan, dan krisis pelarian. Ini perlu diselesaikan melalui pembangunan.

Chang Wanquan menyatakan bahawa China mengesyorkan agar pelbagai pihak mengembangkan hubungan yang berdialog tapi bukan bertentangan, berakan tapi bukan bersekutu. Dalam pada itu, China komited untuk meningkatkan dialog strategik dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menggalakkan perkembangan hubungan ketenteraan kedua-dua negara. Manakala, hubungan tentera China dan Rusia berkembang dengan stabil, jabatan pertahanan dan pemimpin tentera kedua-dua negara selalu menjalankan komunikasi strategik. Selain itu, China mengekalkan pertukaran lawatan tentera yang rapat dengan negara-negara jiran dan kawasan yang lain yang melibatkan pelbagai peringkat. Setakat ini, kira-kira 30 buah mekanisma dialog pertahanan dua hala telah dibina.

Forum Xiangshan kali ini disertai lebih 400 wakil dari 59 buah negara dan 6 buah pertubuhan antarabangsa. Naib Menteri Pertahanan Vietnam, Nguyen Chi Vinh menyatakan bahawa forum ini telah menyediakan peluang dialog bagi pelbagai negara untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China