Cari:
Persahabatan China-Kemboja Kian Kukuh
2016-10-12 12:55:10 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja pada 13 hingga 14 Oktober ini. Ini akan membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara ini.

Kini, hubungan China-Kemboja semakin mapan. China dan Kemboja antara negara jiran yang baik dan rakan kongsi strategik yang rapat.

Kedua-dua negara ini terus memperkukuh rasa saling mempercayai politik. Lawatan peringkat tinggi kian meningkat. Raja Kemboja, Norodom Sihamoni mengadakan lawatan rasmi ke China pada bulan Jun lalu. Lawatan Presiden Xi ke Kemboja kali ini pasti akan menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara ini melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, China dan Kemboja membuahkan hasil kerjasama ekonomi dan perdagangan yang besar. China ialah rakan dagangan terbesar dan negara pelabur terbesar bagi Kemboja, ini memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan sosioekonomi Kemboja. Jumlah dagangan China-Kemboja mencatat USD4.43 bilion (RM18.52 bilion) pada tahun 2015, meningkat 18% berbanding tahun sebelumnya. Pelaburan total China ke Kemboja melebihi USD12 bilion. Kerjasama China-Kemboja menampakkan potensi yang besar apabila China mengemukakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), yang sejajar dengan Strategi Empat Sudut anjuran Kemboja.

Selain itu, China dan Kemboja berusaha memperluas interaksi sosiobudaya. Jumlah pelancong China ke Kemboja mencatat hampir 800 ribu orang pada tahun 2015. Kini, perkhidmatan penerbangan langsung telah ditawarkan antara belasan bandar China dengan bandar Kemboja. Sebanyak 35 penerbangan berulang alik antara kedua-dua negara ini setiap hari. Kumpulan kesenian kedua-dua negara turut mengekalkan interaksi yang rapat. Sejumlah besar mahasiswa dan pegawai dihantar untuk mengikuiti pengajian atau latihan antara satu sama lain. Pembejalaran bahasa Mandarin kini semakin popular di Kemboja.

China dan Kemboja merapatkan penyelarasan dan koordinasi dalam urusan serantau dan antarabangsa. Kedua-dua negara ini saling memberikan sokongan dalam kepentingan dan isu yang menjadi perhatian bersama berdasarkan persepakatan politik yang meluas. China dan Kemboja menyumbangkan tenaga besar dalam memelihara hubungan China-ASEAN dan keamanan serantau.

Lawatan Presiden Xi kali ini pasti akan mendinamikkan hubungan China-Kemboja demi menubuhkan perkongsian strategik, memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang besar kepada keamanan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China