Cari:
Pelaburan China Galakkan Pembangunan Kemboja
2016-10-13 13:19:36 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dijadualkan bertolak dari Beijing untuk memulakan lawatan ke Kemboja hari ini. Seiring dengan peningkatan hubungan kedua-dua negara, semakin banyak syarikat China melabur di Kemboja dan ini turut menggalakkan perkembangan industri tempatan di samping membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.

Pengurus perwakilan syarikat penerbangan China Southern Airlines ke Phnom Penh, Zheng Yuanning telah bekerja di negara itu selama lima tahun. Menurut beliau, syarikatnya menjalankan penerbangan terus Guangzhou-Phnom Penh dan Guangzhou-Siem Reap, dan setiap laluan dua kali sehari. Pada penghujung bulan Oktober ini, penerbangan Guangzhou-Phnom Penh akan ditambah menjadi tiga kali sehari.

Menurut data statastik, pertukaran lawatan sosiobudaya antara China dengan Kemboja terus diperluaskan. Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah pelancong China ke Kemboja mencatat hampir 450 ribu, meningkat 12.4% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sebanyak 35 penerbangan berulang alik antara China dengan Kemboja setiap hari, penerbangan terus telah dibuka dari lebih sepuluh bandar China ke Kemboja.

Dengan galakan hubungan persahabatan, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan Kemboja turut memelihara trend perkembangan yang baik. China merupakan rakan dagang terbesar dan pelabur terbesar bagi Kemboja selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah perdagangan dua hala mencecah USD4.4 bilion pada tahun 2015 dan dijangka akan mencatat USD5 bilion pada tahun depan.

Di pelabuhan Shihanuk yang berjarak lebih 200 kilometer dari barat daya Phnom Penh, zon ekonomi khas dan taman perindustrian yang dibina oleh Kumpulan Hodo China telah menarik 102 buah syarikat dalam tempoh lapan tahun yang lalu, antaranya 84 buah syarikat telah memulakan perusahaan dan pengelolaannya di sana, yang mencipta 16 ribu peluang pekerjaan.

Pertanian yang merupakan industri tunggak bagi Kemboja, juga menarik pelaburan syarikat China. Pada bulan Julai lalu, Persatuan Pertanian di bawah Persatuan Perniagaan China Kemboja telah ditubuhkan. Ketua persatuan itu, Pan Dongfeng berkata, sekarang persatuan itu ada lebih 40 ahli syarikat, teknologi dan dana dari China akan membantu Kemboja meningkatkan tahap pembangunan pertanian dan menambah peluang pekerjaan kepada kaum tani di samping meningkatkan nilai tambah produk pertanian Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China