Cari:
Pemimpin China Ucap Tahniah kepada Presiden Portugal
2016-10-14 15:02:47 CRI Cetak

Antonio Guterres dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa atas pelantikan mantan Perdana Menteri negara itu, Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Xi, dalam perutusan tahniah itu berkata, beliau yakin bahawa Guterres akan mematuhi Piagam PBB, bersama-sama dengan pelbagai pihak dalam menangani cabaran global, memelihara keamanan dunia, mendorong pembangunan bersama dan menggalakkan kerjasama sejagat.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga telah mengirim perutusan tahniah kepada Presiden Portugal, Marcelo Rebelo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China