Cari:
Persidangan Internet Dunia ke-3 Diadakan di Wuzhen Bulan Depan
2016-10-14 13:47:28 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-3 bakal diadakan di Wuzhen, provinsi Zhejiang China pada bulan November nanti. Presiden China, Xi Jinping akan menyampaikan ucapan melalui video.

Dalam sidang media yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China Rabu lalu, Naib Pengarah Pejabat Maklumat Internet China, Ren Xianliang menyatakan bahawa WIC kali ini akan menumpukan kepada kaedah menggalakkan inovasi melalui Internet supaya rakyat pelbagai negara dapat berkongsi manfaat pembangunan Internet. Selain itu, Agenda Wuzhen juga akan dilancarkan.

WIC ini bertemakan "Inovasi sebagi penggerak untuk memberikan manfaat kepada umat manusia, bersama-sama membina komuniti berkongsi masa depan ruang siber".

Menurut maklumat berkenaan, pihak penganjur telah mengeluarkan surat undangan kepada lebih 1,200 tetamu di seluruh dunia. Banyak usahawan daripada syarikat gergasi termasuk CISCO, Nokia, Microsoft, Facebook, Alibaba, Baidu, China Unicom, Youku, Sina, JD dan Didi Taxi telah mengesahkan kehadiran mereka dalam persidangan kali ini.

Berbanding dengan persidangan dua kali sebelum ini, misi persidangan tahun ini lebih jelas dan acaranya lebih pelbagai. Selain majlis perasmian dan penutup, sempena persidangan diadakan, forum, ekspo dan pelancaran hasil inovasi dunia akan diadakan, topiknya merangkumi isu yang menjadi tumpuan umum termasuk ekonomi Internet, inovasi Internet, budaya Internet, tadbir urus Internetdan kerjasama antarabangsa Internet.

Menurut Ren Xianliang, WIC akan julung kalinya mengadakan majlis pelancaran hasil inovasi sains dan teknologi Internet. Selain itu, berdasarkan Inisiatif Wuzhen yang dikeluarkan pada tahun lalu, persidangan kali ini akan mengumumkan secara rasmi pelancaran Agenda Wuzhen.

China merupakan negara yang industri Internetnya berkembang paling pesat di dunia. China berharap dapat berkongsi pengalaman dengan negara lain. Sehubungan itu, persidangan kali ini secara khusus menetapkan Forum Informasi "Jalur dan Laluan" (B&R) dan Forum Kerjasama China-Afrika. Ren Xianliang menyatakan bahawa China bersedia berkongsi hasil pembangunan Internet dengan negara membangun dan meningkatkan tahap kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China