Cari:
Lawatan Xi ke Kemboja Buahkan Hasil Cemerlang
2016-10-14 17:17:41 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, yang dalam rangka lawatan rasmi ke Kemboja, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh petang semalam.

Atur cara lawatan Presiden Xi di Kemboja termasuk kunjungan hormat dengan Raja Norodom Sihamoni, pertemuan dengan Perdana Menteri Hun Sen, dan menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian kerjasama dua hala.

Kemesraan antara China dengan Kemboja kini berkembang menjadi perkongsian strategik komprehensif. Beliau berharap agar lawatan ini dapat memperkukuh lagi hubungan kedua-dua negara hingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Ketika mengadakan rundingan dengan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, Presiden Xi menegaskan bahawa pihaknya mengambil berat persahabatan dengan Kemboja, mengutamakan hubungan dua hala, dan komited berusaha bersama-sama dengan Kemboja terus mempererat persahabatan kedua-dua negara, mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif, mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama, serta membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Ketika ditemui Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Presiden Xi menyatakan bahawa persahabatan tradisional antara China dengan Kemboja yang terjalin bersama oleh pemimpin generasi lama kian diperkukuh. Kini, hubungan China-Kemboja berkembang baik, rasa saling mempercayai antara kedua-dua negara semakin ditingkatkan, kerjasama ekonomi membuahkan hasil yang cemerlang, selain penyelarasan multilateral semakin rapat. Kata beliau, "China sentiasa memberikan tumpuan terhadap persahabatan tradisional dengan Kemboja, dan mengutamakan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara. China akan terus meningkatkan sokongan kepada Kemboja dalam memelihara keamanan, menambahbaik kesejahteraan rakyat, dan mewujudkan pembangunan."

Hun Sen pula berkata, Kemboja dan China antara rakan yang mempunyai rasa saling mempercayai tinggi. Pihaknya merakamkan terima kasih atas bantuan China selama ini. Kemboja komited akan mempererat lagi persahabatan dengan China dan mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan pemeteraian 31 dokumen kerjasama bilateral, dan mengeluarkan Kenyataan Bersama China-Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China