Cari:
China, Bangladesh Komited Lonjak Hubungan
2016-10-15 14:37:27 CRI Cetak

Beijing dan Dhaka sebulat suara bersetuju untuk melonjakkan hubungan sedia ada ke satu tahap lebih tinggi, iaitu perkongsian strategik.

Persepakatan itu dicapai semasa pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Bangladesh, Md Abdul Hamid di Dhaka semalam.

Xi berkata, masa depan hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak 41 tahun lalu akan terus cemerlang menerusi komitmen China dan Bangladesh untuk mengukuhkan lagi ikatan mesra yang sudah wujud.

Demi menjanjikan prospek yang amat cerah itu, kedua-dua negara diharap dapat terus mengoptiumumkan pelbagai mekanisme kerjasama, menggerakkan pelaksanaan beberapa projek utama, terutamanya inisiatif "Jalur dan Laluan (B&R)", menyumbangkan tenaga kepada kesalinghubungan rantau dan kemakmuran bersama, serta meningkatkan penglibatan dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan kerjasama Selatan-Selatan.

Dalam pada itu, Hamid menyatakan, kedua-dua negara mempunyai potensi kerjasama yang besar dalam perdagangan, pelaburan, pertanian, sumber tenaga dan prasarana. Menurut beliau, Bangladesh bersedia menjadi rakan kongsi yang boleh disandarkan dan meningkatkan penyelarasan dengan China dalam urusan rantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China