Cari:
Jalinan Kerjasama China, Bangladesh Makin Erat
2016-10-15 14:42:31 CRI Cetak

China dan Bangladesh diharap berganding bahu dalam satu ikatan kukuh supaya membuahkan hasil yang melimpah-ruah dalam kerjasama pragmatik demi menyuntik tenaga baharu kepada hubungan bilateral.

Harapan itu diluahkan Presiden China, Xi Jinping ketika menemui Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina di Dhaka, semalam.

Xi berkata, China sentiasa mengambil berat terhadap pengukuhan ikatan kerjasama dengan Bangladesh, sekali gus terus menyalurkan sedapat mungkin sokongan dan bantuan kepada negara itu untuk membangunkan sosioekonomi. Beliau juga mengesyorkan supaya inisiaif "Jalur dan Laluan (B&R)" dapat diterapkan ke dalam strategi negara itu.

Dalam pada itu, Hasina menyuarakan rasa kagum terhadap pembangunan di China dan seterusnya yakin menerusi kerjasama dengan China, Mimpi "Sonar Bangla" yang dikejar masyarakat Bangladesh demi kemakmuran dan kekuatan negara akan menjadi kenyataan seawal mungkin.

PM itu juga menunjukkan keinginan untuk melibatkan diri dalam pembinaan B&R, selain berjanji memberi sokongan kepada projek koridor ekonomi Bangladesh-China-India-Myanmar supaya rakyat negara itu dapat memperoleh manfaat daripada kerjasama dalam bidang tenaga elektrik, sumber tenaga, teknologi, pertanian, tali air, pelaburan, kemudahan pengangkutan, kesalinghubungan dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China