Cari:
Guterres Diharap Tunaikan Tanggungjawab
2016-10-15 14:45:23 CRI Cetak

China berharap agar peranan dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memelihara kedamaian antarabangsa dan mewujudkan pembangunan mampan dapat dioptiumumkan sepanjang tempoh perkhidmatan Seitausaha Agung baharu, Antonio Guterres.

Harapan itu diluahkan menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam.

Geng menyifatkan Guterres sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkat pengalamannya yang luas serta berbakat dan tahu benar tentang urusan antarabangsa.

Menurut beliau, China yakin mantan Perdana Menteri Portugal itu mampu mengoptiumumkan fungsi PBB dalam menjaga keamanan antarabangsa, menggalakkan pembangunan mampan, memacu kerjasama anatarabangsa dan membina hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan saling menguntungkan.

Sebelum ini, pemimpin China antaranya Presiden Xi Jinpin, Perdana Menteri Li Keqiang dan Menteri Luar Wang Yi masing-masing menyampaikan perutusan tahniah kepada pemimpin Portugal atas pelantikan mantan Perdana Menteri negara itu, Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung PBB yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China