Presiden China, Xi Jinping, yang mengakhiri lawatan rasmi ke Kemboja dan Bangladesh, tiba di Goa, India semalam untuk menghadiri pertemuan kelapan pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS (iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan).
Pertemuan yang bertemakan "Saranan kaedah penyelesaian yang efisien, inklusif dan bersama" itu dilakukan sempena genap 10 tahun wujudnya mekanisme kerjasama BRICS.
Para perwakilan bakal membincangkan isu-isu yang menjadi perhatian bersama, urusan rantau dan antarabangsa serta pelan kerjasama antara negara anggota BRICS.