Cari:
Pertemuan Xi, Putin di India
2016-10-16 14:52:07 CRI Cetak

China dan Rusia bersetuju meningkatkan sinergi dalam rangka pelbagai hala antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, menggerakkan orde antarabangsa menuju ke arah yang lebih saksama dan rasional, serta menjamin kepentingan negara membangun dan pasaran baru muncul.

Persepakatan itu dicapai semasa pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Goa, India sempena pertemuan ke-8 pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS.

Xi meluahkan harapan agar konsensus mengenai usaha memperkukuh lagi perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Rusia yang dicapai pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou September lalu dapat dilaksanakan secara praktikal.

Beliau juga berharap agar pertemuan di Goa kali ini dapat membuahkan hasil yang positif supaya menyuntik tenaga baharu kepada kerjasama antara negara anggota BRICS.

Dalam pada itu, Putin menunjukkan keinginan yang kuat untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam sumber tenaga, kemudahan pengangkutan, penerbangan dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China