China dan India perlu mengekalkan komunikasi antara peringkat tinggi, memperdalam konsensus yang sudah dicapai, meningkatkan rasa saling mempercayai dan memperkasakan kerjasama.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menemui Perdana Menteri India, Narendra Modi di Goa, India semalam.
Xi berkata, kedua-dua negara harus meningkatkan kerjasama dalam rangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Persatuan Kerjasama Kawasan Asia Selatan (SAARC) dan Sidang Kemuncak Asia Timur, selain terus mempergiatkan usaha sama dalam pembinaan projek utama antaranya kereta api dan taman industri.
Dalam pada itu, Modi menyatakan, komunikasi strategik antara peringkat tinggi kedua-dua negara bukan sahaja bermanfaat bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama, bahkan juga selaras dengan kepentingan bersama yang dinikmati India, China malah rantau ini.