Cari:
China Bakal Anjurkan Pertemuan Pemimpin BRICS ke-9
2016-10-17 11:20:20 CRI Cetak

Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS ke-8 diadakan di Goa, India semalam.

Pertemuan itu dihadiri Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri India, Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, Presiden Brazil, Michel Temer dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tema pertemuan itu ialah "mencari pelan penyelesaian yang efektif, komprehensif dan bersama".

Pemimpin dari kelima-lima negara berkenaan telah bertukar-tukar pandangan dan mencapai konsensus tentang kerjasama negara-negara BRICS serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Teguhkan Keyakinan demi Pembangunan Bersama" yang menyanjung tinggi kecemerlangan yang telah dicapai dalam kerjasama negara BRICS selama 10 tahun, di samping mengemukakan cadangan untuk menangani cabaran yang dihadapi bersama negara BRICS. Beliau juga menegaskan bahawa China bersedia untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak membuat rancangan baharu bagi pembangunan negara BRICS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China