Cari:
Sidang Menteri Kewangan APEC ke-23 Berakhir
2016-10-17 13:17:21 CRI Cetak

Sidang Menteri Kewangan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 selama dua hari berakhir di Lima, Peru Sabtu lalu.

Para peserta berpendapat, rantau Asia Pasifik sebagai enjin utama pertumbuhan global masih menghadapi banyak cabaran.

Sehubungan dengan itu, pelbagai anggota APEC perlu menggunakan mekanisme dan dasar untuk menggalakkan ekonomi serantau berkembang dengan kukuh, mampan, seimbang dan komprehensif.

Ketua Delegasi China, Penolong Menteri Kewangan, Dai Bohua berkata, Asia Pasifik masih merupakan salah satu rantau yang paling dinamik dan berpotensi untuk maju.

Menurut beliau, langkah seterusnya ialah entiti ekonomi Asia Pasifik perlu melaksanakan pembaharuan infrastruktur yang mendorong pembangunan mampan, di samping mendorong kesalinghubungan serantau dalam bidang pengangkutan, telekomunikasi, kewangan dan pertukaran tenaga profesional, mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif, menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi dan menyediakan momentum yang cukup bagi pertumbuhan ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China