Cari:
Gencatan Senjata Bakal Dilaksanakan Di Aleppo
2016-10-18 15:49:42 CRI Cetak

Pihak tentera Rusia semalam mengumumkan gencatan senjata akan dilaksanakan di Aleppo Syria bermula pada 20 Oktober ini. Kumpulan militan boleh berundur dari kawasan tersebut dalam tempoh gencatan senjata itu.

Menurut maklumat perisikan yang diperoleh tentera Rusia, ada anggota kumpulan militan yang cuba untuk menyamar sebagai penduduk biasa dan melarikan diri dari Aleppo.

Oleh itu, pesawat perang Rusia dan tentera kerajaan Syria akan menghentikan serangan bermula pukul 8.00 pagi pada 20 Oktober waktu tempatan bagi memudahkan anggota militan berundur dari kawasan tersebut melalui dua laluan.

Gencatan senjata kali ini akan berlangsung hingga pukul 4.00 petang.

Penduduk tempatan dibenarkan keluar dari Aleppo melalui enam laluan yang lain.

Tentera Rusia akan memastikan keselamatan mereka dijaga dan memberikan rawatan yang diperlukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China