Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump mendakwa pilihan raya Presiden negara itu telah dimanipulasi oleh pusat mengundi dan media yang tidak jujur, dan mereka menyebelahi calon daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton.
Mengenai dakwaan Trump tersebut, jurucakap White House, Josh Earnest mengulas bahawa beliau tidak bersetuju dengan dakwaan itu, malah Presiden Barack Obama amat yakin akan "keupayaan dan kejujuran" pegawai yang terlibat dalam pilihan raya berkenaan. Pilihan raya kali ini adalah adil.
Jurucakap pasukan kempen Hillary, Roby Mook pula berkata, Donald Trump sedar bahawa beliau akan kalah dalam pilihan raya tersebut sehingga sanggup mengkritik sistem pengundian AS. Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan orang tidak dapat menerima kekalahan.