Cari:
Duterte Optimistik Terhadap Hubungan Filipina-China
2016-10-18 13:56:22 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 18 hingga 21 Oktober ini atas undangan Presiden Xi Jinping. Dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Agensi Berita Xinhua China menjelang lawatan tersebut, Duterte melahirkan harapan supaya kerjasama ekonomi dan perdagangan serta hubungan persahabatan tradisional antara Manila dengan Beijing terus diperkukuh.

Lawatan tersebut merupakan lawatan sulung Duterte ke negara di luar rantau ASEAN sejak menyandang jawatan Presiden Filipina. Menurut beliau, Filipina dan China perlu menjalin hubungan dua hala yang baik, di samping memperluas pertukaran sosiobudaya dan interaksi di kalangan rakyat, agar rakyat Filipina lebih memahami kebudayaan China.

Tambah beliau, isu Laut China Selatan bakal menjadi salah satu topik perbincangan dalam lawatannya ke China kali ini. Namun, sikap keras dan cara pemaksaan akan diketepikan untuk mencari penyelesaian sewajar yang boleh diterima bersama.

Beliau menyatakan bahawa walaupun terdapat percanggahan pendapat dalam isu Laut China Selatan, namun Filipina dan China telah pun bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut secara damai menerusi dialog, sambil menegaskan rundingan berhubung isu berkenaan mesti diadakan tanpa penglibatan kuasa lain.

Duterte dalam temu bual tersebut turut menyuarakan harapan supaya jalinan ekonomi antara Manila dan Beijing semakin kukuh. Kata beliau, Filipina yang merancang untuk menubuhkan taman perindustrian, memerlukan pelaburan dan teknologi dari China. Beliau juga yakin bahawa China akan mengimport lebih banyak produk pertanian dan akuatik dari Filipina pada masa akan datang.

Duterte memaklumkan bahawa Filipina akan memperkenalkan polisi baharu untuk mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China, di samping mengalu-alukan syarikat China melabur dalam projek infrastruktur di negara itu.

Ketika memperkatakan tentang inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh China, Duterte menyifatkan negara ini sebagai daya penggerak kepada ekonomi dunia, dan turut menzahirkan kesanggupan Manila untuk menyumbangkan tenaga demi menjayakan inisiatif tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China