Cari:
Cubaan Tawan Mosul
2016-10-18 14:34:36 CRI Cetak

Menurut laporan media Perancis, pakatan antarabangsa untuk memerangi kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan mesyuarat Menteri Pertahanan di Paris pada 25 Oktober ini, bagi menilai perkembangan operasi ketenteraan untuk menawan semula Mosul, bandar kedua terbesar Iraq.

Menteri Pertahanan dari 13 buah negara termasuk AS, Britain, Jerman, Belgium dan Australia akan menghadiri mesyuarat itu.

Operasi ketenteraan yang disertai 45,000 orang tentera kerajaan dan pasukan bersenjatan tempatan mula me­lancarkan operasi ketenteraan besar-besaran pada awal pagi Isnin lalu.

Mereka bakal berdepan dengan lima hingga lapan ribu anggota militan IS dalam pertempuran yang dijangka mengambil masa yang panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China